MILK FEVER
(Demam Susu/hypocalcaemia/Parturient paresis)
Aetiologi (penyebab)
Biasa berlaku pada ternakan yang gemuk (fat), yang banyak
mengeluarkan susu (high producers) dan yang mempunyai masalah dalam
factor-faktor fisiologikal seperti beranak, kelaparan atau terlalu
sejuk.
Lembu jersey lebih susceptible kepada keadaan ini.
Hypocalcaemia (penurunan kadar kalsium
dalam badan dari 10mg% kepada antara 3-7%)
Penurunan kadar kalsium juga dengan kadar
magnesium dalam badan. Jika terdapat kekurangan kedua-dua keadaan lumpuh
dan terbaring akan menjadi lebih serius.
Tanda-tanda klinikal.
Biasa berlaku dalam jangka masa 72 jam
selepas melahirkan anak yang bermula dengan dystokia/kesusahan melahirkan
anak. Boleh berlaku beberapa minggu/bulan selepas beranak.
Tanda-tanda di peringkat awal.
- ternakan jadi lemah di bahagian kaki
- rebah/terbaring di bahagian sternum (dada)
- kepala berpaling kebelakang.
- Anorexia
- Bahagian kaki dan telinga jadi sejuk
- Suhu normal atau sub normal
Tanda-tanda akhir
Rawatan
Rawatan awal biasanya akan memberi kesan
yang lebih baik.
Memberi tambahan kasium dan magnesium
kepada ternakan.
a. Calcium borogluconate ( secara i/v, subcut, i/p)
b. MIFEX – Calcium & Magnesium bersama.
Akan terdapat kesan jika rawatan yang
diberi sesuai dengan penyakit dalam satu
jam Jika terdapat ketosis, boleh diberi 50%
dextrose sebanyak 250-500 ml.
Kawalan.
Memberi kandungan phosphorus yang tinggi
bersama kandungan calcium yang rendah dalam makanan. Ini akan membolehkan
ternakan menggunakan sumber kalsium dari tulang untuk mendapatkan kalsium
(kos yang tinggi)
Memberi suntikan Vit. D (20 –30 million iu)
selama 5-7 hari sebelum beranak
Reduce stress
Susu diperah sampai habis
Memberi perhatian yang lebih kepada
ternakan yang menghadapi masalah dalam beranak (dystokia).
|