RABIES
( PENYAKIT ANJING GILA /
HYDROPHOBIA)
Penyakit virus yang merbahaya yang boleh menjakiti manusia serta membawa kematian. Ia adalah merupakan penyakit yang melibatkan haiwan jenis 'carnivore' (makan daging) dan boleh menjangkiti haiwan lain / manusia melalui gigitan anjing yang berpenyakit. Ia melibatkan sistem saraf dengan ciri-ciri mania (gila) dan paralyse (lumpuh) kerana kerosakan pada otot penggerak (motor). Agen penyebab: : Rabies Virus - Street virus - yang ada secara asli (natural) - Fixed virus -
yang didapati di dalam makmal
dan Cara jangkitan: : Melalui gigitan dan luka yang dicemari
oleh air liur haiwan Tanda-tanda klinikal : Incubation period - beberapa hari - 6 bulan. Ini bergantung kepada jarak gigitan ke sistem saraf dan saiz gigitan itu sendiri. : dumb virus - lumpuh pada peripheral nerves (saraf pinggir) : furious virus - mania, kerosakan pada
CNS : Perubahan kelakuan. Cara membuat Diagnosa : Kehadiran Negri bodies dalam
bahagian-bahagian otak. Rawatan : Tiada rawatan yang sesuai untuk penyakit
rabies. Pengawalan : Mengawal kemasukan mikro organisma (virus)
dalam - mengadakan
quarantine : Membuat suntikan veksin - jenis LEP (low egg passage) digunakan
untuk anjing Veksin ini adalah jenis yang telahdilemahkan. Ianya dilalukan dalam embryo ayam supaya dapat menghilangkan keupayaan untuk menjangkiti haiwan lain tetapi masih mempunyai sifat antigenik (LEP). Tetapi jenis masih terlalu kuat digunakan pada lain ternakan yang boleh menunjukkan tanda-tanda penyakit dan kematian. Jadi ianya dilalukan bagi melalui embryo ayam sehingga terdapat HEP yang boleh digunakan pada lain-lain. |