Penyakit Ternakan

TUBERCULOSIS

  Suatu penyakit berjangkit dengan ciri-ciri pertumbuhan 'Tubercles' dengan perlahan-lahan dalam semua organ badan kecuali sistem rangka. Ia boleh berjangkit kepada manusia (Zoonotic)
  Agen Penyebab
 
Mycobacterium bovis (mammals)
 
Mycobacterium avian (ayam)
 
Mycobacterium tuberculosis 9manusia)
  Punca Jangkitan
 
Menghidu rengisan berpenyakit secara terus. Jangkitan juga boleh berlaku melalui mulut daripada luka pada nodus limfa, najis, air kencing atau susu.
 
Ternakan boleh menyimpan mikro organisma dalam paru-paru (encapsulated) untuk beberapa tahun.
  Cara membuat diagnosa
 

Ternakan menjadi kurus, berat badan menurun

 
Perubahan selera makan
 
Keadaan suhu turun naik
 
Biasa berlaku pada ternakan berumur 1 tahun ke atas
 
Batuk perlahan dan basah (hacking caugh)
 
Kadar pernafasan bertambah
 
Kesusahan untuk bernafas
 
Cecair keluar dari hidung
 
Nodus limfa bengkak (terutama bronchial/mediastinal L.N)
 
Boleh menyebabkan keguguran
 
Merebak melalui susu boleh menjadi tuberculous mastitis
  Tanda-tanda klinikal
 
Dari latar belakang kes dan tanda-tanda klinikal (kurus, lemah dan perubahan selera)
 
Membuat nasal swab - bactecriology
 
Membuat tuberculin test
 

 

  1. Dilakukan di'Caudal fold' (anal fold) (kawasan ekor - bahagian atas). Sebanyak 0.1 ml tuberculin disuntik intradermal dari jenis Mycobacterium bovis atau tuberculosis. (Single intradermal test - SD
    Selepas 72 dan 96 jam kawasan suntikan diperiksa semula. Jika positif, terdapa kawasan bengkak yang sama rata, (dirasa)
    Jika positif terpaksa membuat ujian comparative.
  2. Ujian Comparative menggunakan tuberculin mammalian dan avian. Tempat suntikan kawasan leher, 12 cm antara satu dan dibaca 72 jam kemudian suntikan intradermal 0.1 ml. (1mg.ml)

Positif = bengkak pada mammalian
Positif = bengkak pada tempat mammalian dan avian (lebih 6mm)
Nagatif = bengkak kurang 4mm

  Rawatan
 
Penggunaan 'isoniazid' (juga untuk manusia)
 
boleh dicuba
 
Tiada rawatan yang specific
  Pengawalan
 
Membuat ujian tuberculin setiap 6 bulan dan habuskan ternakan terlibat.
 
Menjaga kebersihan dan kurangkan tekanan (stress)
 
Penggunaan veksin BCG (Bacillus of Calmatte and Guerin) dalam manusia ada sedikit kesan pada ternakan
 
Mengawal pergerakan ternakan

Back